suria

Kecoh Apabila Artis Seperti 'Berebut Telur Ayam'

Sebahagian artis melahirkan rasa tidak puas hati semasa Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Seniman Malaysia pada 26 Mei lalu.
Sebahagian artis melahirkan rasa tidak puas hati semasa Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Seniman Malaysia pada 26 Mei lalu.
Sebahagian artis melahirkan rasa tidak puas hati semasa Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Seniman Malaysia pada 26 Mei lalu.

ADOIII...

“ADOIII... pening kepala betul. Sikit-sikit kecoh,” luah seorang pegawai kerajaan kepada saya selepas dia membaca laporan akhbar kekecohan yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diadakan pada 26 Mei lalu.

Situasi tegang itu berlaku apabila ahli-ahli tidak berpuas hati berikutan minit mesyuarat tahun sebelumnya tidak dapat dibentangkan dengan alasan ia hilang diambil pencuri dalam kejadian pecah masuk pejabat persatuan itu.

Saya pun ketawa terguling-guling. Apa punya pencuri... minit mesyuarat pun nak curi ka? Hahaha... itulah namanya pencuri yang hanya belajar mencuri minit mesyuarat.

Tapi realitinya ia adalah gambaran apabila artis berpersatuan. Dan untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 10 persatuan melibatkan artis dan dunia hiburan pada ketika ini.

Ia tidak termasuk lagi persatuan yang mahu ditubuhkan Saiful Apek iaitu Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) serta Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) yang mana Datuk Sheila Majid sebagai Pengerusinya.

Ada orang bertanya kepada saya, artis-artis kita memang suka bikin kecoh kah? Saya kata ya! Memang betul pun.

Kalau tak kecoh... bukannya artis. Memang itulah trendnya sejak dari dulu. Artis-artis yang suka buat kecoh ini adalah artis yang tidak ada otak. Kalau mereka individu yang berotak, masalah ini tidak akan berlaku.

Sebab itulah ada artis yang mengandung sehari pun heboh nak canang satu dunia. Sebab apa? Sebab mereka artis dan perlu buat kecoh.

Sama juga ketika AGM, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sebelum ini yang jadi kelam kabut macam dunia kena bom.

Kekecohan seperti ini memperlihatkan betapa artis-artis kita sememangnya tidak boleh hidup berpersatuan tetapi ada hati nak buat persatuan itu dan ini.

Malah persatuan untuk ahli-ahli "teliti kontrak" pun hendak diwujudkan hasil idea Saiful Apek, hahah... saya sekali lagi gelak terguling-guling.

Sebab itulah Ziana Zain awal-awal lagi tidak minat nak masuk mana-mana persatuan kerana baginya tidak dapat apa-apa faedah pun. Persatuan dilihat lebih untuk kepentingan peribadi sesetengah individu sahaja.

Dan apabila Ziana berkata seperti itu, ada pula pihak yang tidak berpuas hati.

Memang pun kalau masuk persatuan artis tak ada banyak faedah. Silap-silap hari bulan dahi bengkak kena baling kerusi masa AGM.

Artis-artis yang berpersatuan saling tak ubah umpama seekor ayam yang bertelur sebiji, riuh satu kampung. Dan telur yang sebiji itulah satu kampung asyik berebut.

Ke mana hala tuju dunia hiburan apabila dalam kelompok artis itu sendiri mereka tidak menunjukkan sikap profesional masing-masing?

Malah pemimpin persatuan pula mewakili persatuan bukannya mahu meningkatkan kredibiliti dunia artis secara total tetapi lebih kepada faktor mahu mencari populariti.

Kalau budaya kecoh bak berebut telur ayam ini terus berlaku, saya yakin, dunia artis dan persatuan tidak boleh ke mana.

Jadi, janganlah berangan tinggi menggunung nak tubuh pula macam-macam lagi persatuan kerana ahlinya adalah muka sama yang boleh diumpama seperti mereka yang hendak berebut telur dari seekor ayam.

Saya bimbang takut nanti telur pecah, tahi ayam saja yang dapat.

NIEZAM: Selesa pakai T Shirt Cap Ayam.

Artikel Lain