suria

WWW 1: Nizar Mohon Maaf

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada Rabu memohon maaf berhubung apa yang ditulis di Twitter mengenai nombor pendaftaran WWW 1 yang dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Mesej permohonan maafnya di Twitter berbunyi: "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".

Katanya, kenyataan dalam Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan baginda Sultan Johor.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Artikel Berikut

Artikel Lain