Warga Emas Maut, Isteri Cedera Ditetak Gadis Murung - Semasa | mStar

Warga Emas Maut, Isteri Cedera Ditetak Gadis Murung

MUAR: Seorang lelaki warga emas maut, manakala isterinya cedera setelah ditetak seorang gadis dipercayai mengalami kemurungan, di sebuah rumah di Kampung Parit Kerinchi, Bukit Gambir, Ledang, Selasa.

Mohd Reduan Haron,73, yang cedera parah di kepala dan bahagian belakang disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Isterinya Juriah Dimiyati, 61, yang menerima tiga tetakan di bahagian kepala dimasukan ke hospital yang sama dan keadaannya dilapor stabil.

Difahami kejadian berlaku pukul 10 pagi, apabila gadis yang berusia 22 tahun itu datang dan menendang pintu rumah pasangan warga emas berkenaan sebelum menjerit mengatakan seorang lelaki mahu merogolnya.

Suspek yang berasal dari Kampung Sawah Ring dan tinggal bersama kakaknya di kampung itu sejak tiga hari lepas, kemudian mencapai dua bilah parang dan melibas ke kiri dan kanan sambil menjerit-jerit.

Mohd Reduan cuba merampas parang terbabit namun berjaya dielak suspek yang kemudian bertindak menetak mangsa bertubi-tubi sebelum menyerang isteri mangsa sebelum diselamatkan jiran yang terdengar jeritan mereka.

"Sebelum kejadian kami ada terdengar dia menjerit-jerit di rumah kakaknya yang selang tiga buah rumah dari kami," kata Juriah ketika ditemui di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris mengesahkan kejadian dan berkata suspek ditahan polis tidak lama selepas itu.

Suspek dipercayai mengalami kemurungan sejak empat tahun lepas dan tidak pernah mendapat rawatan, katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal mendapati suspek yang dikurung dalam sebuah bilik di rumah kakaknya berjaya meloloskan diri menerusi tingkap sebelum menuju ke rumah mangsa, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain