suria

Pengawal Keselamatan Dihukum Penjara 12 Bulan Kerana Cederakan Anak

JOHOR BAHARU: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, Rabu, selepas mengaku bersalah mencederakan anak lelakinya, pada 20 Mei lalu.

Zainudin Hassan, 51, didakwa dengan sengaja mencederakan Muhammad Afiq, 22, dengan menggunakan sebilah pisau di rumahnya di Nombor 55, Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia, di sini, kira-kira pukul 10 malam, pada hari tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat, atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Hafizah Johor Arif Johor memutuskan tertuduh menjalani hukuman itu mulai dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain