Dua Ditahan Cuba Seludup Masuk 26 Ekor Tenggiling - Semasa | mStar

Dua Ditahan Cuba Seludup Masuk 26 Ekor Tenggiling

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan dua lelaki rakyat tempatan yang dipercayai menyeludup masuk 26 ekor tenggiling di perairan Pulau Hanyut di sini, malam Isnin.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kuala Linggi Kapten Maritim Abu Bakar Idris berkata kedua-dua mereka yang merupakan tekong dan awak-awak berusia 40 dan 41 tahun itu ditahan dalam sebuah bot gentian kaca pada pukul 8.15 malam.

Beliau berkata tekong bot berkenaan cuba memecut laju dari arah sempadan perairan Malaysia/Indonesia menuju ke Banda Hilir di sini selepas melihat pihak Maritim sebelum berjaya dipintas kira-kira lima batu nautika dari Pulau Hanyut.

"Hasil pemeriksaan dalam bot itu, kami menemui 26 guni berisi seekor tenggiling setiap satu dan kedua-dua lelaki terbabit ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan haiwan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek sempat mencampak beberapa guni berisi tenggiling ke dalam laut bagi melupuskan bukti ketika dikejar pihak Maritim.

"Kami percaya urus niaga haiwan ini melibatkan kuantiti yang besar namun dipercayai suspek telah mencampakkan sebahagiannya ke laut ketika dikejar pihak Maritim," katanya.

Abu Bakar berkata siasatan awal mendapati haiwan eksotik bernilai kira-kira RM50,000 itu diseludup masuk dari Indonesia untuk dipasarkan di Melaka.

Beliau berkata pihaknya juga percaya urus niaga haiwan eksotik itu dilakukan di perairan bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Kesemua haiwan yang dirampas itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka untuk tindakan lanjut, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Debat Chua-Lim 2.0 Pada 8 Julai Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain