suria

Pengalaman Diculik Bukan Seperti Dalam Filem – Nayati

Nayati Shamelin Moodliar. Foto THE STAR / NORAFIFI EHSAN
Nayati Shamelin Moodliar. Foto THE STAR / NORAFIFI EHSAN
Nayati Shamelin Moodliar. Foto THE STAR / NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Nayati Shamelin Moodliar kini meminati tarian hip-hop, apabila dia cuba melakukan demonstrasi dengan beberapa pergerakan.

“Bapa saya tidak suka pergerakan saya tetapi beginilah cara dia menari,” katanya yang bergurau dengan membuat contoh sambil ketawa.

Mendengar senda-gurau dan gelak ketawa keluarga ini, sesiapa tidak akan membayangkan bahawa mereka telah melalui satu pengalaman pahit kira-kira sebulan lalu apabila kanak-kanak berusia 12 tahun itu diculik ketika sedang berjalan kaki ke sekolah di Mont Kiara.

Bapa Nayati, Shamelin memberitahu The Star, ia bukan sesuatu yang mudah tetapi keluarganya berusaha keras untuk menangani trauma yang dialami mereka.

“Begitu menakjubkan melihat kekuatan Nayati tetapi saya fikir dia perlu kuat untuk kami dan orang-orang yang telah membantunya,” kata Shamelin.

“Trauma itu masih ada, sehingga kini seperti dia pernah bertanya kepada kami, ‘Adakah kereta itu mengikut kita?’

“Beberapa hari lalu, dia mengalami mimpi ngeri tentang adik perempuannya telah diculik,” tambah beliau.

Berdasarkan senyuman tawar daripada wajah Nayati, dia mengakui bahawa tidak mudah untuk melupakan pengalaman yang dilaluinya.

“Kadang-kadang, apabila diimbas kembali, saya terus memikirkan tentang apa yang saya sudah buat atau apa yang tidak buat demikian, yang mungkin saya dapat melarikan diri.

“Tetapi saya telah belajar bahawa ia tidak seperti dalam filem – anda tidak boleh melawan dan melepaskan diri,” katanya.

Nayati menambah, jika sesuatu telah mengingatkannya tentang pengalaman pahit itu, dia akan terus berbual dengan seseorang dan berbuat sesuatu bagi melupakan perkara itu.

“Kelas tarian merupakan salah satu aktivitinya,” kata ibu Nayati, Janice.

Tetapi Nayati mempunyai misi yang lebih besar dalam hidupnya daripada mencontohi idolnya, Usher apabila dia mahu membantu mencari kanak-kanak yang dilaporkan hilang.

“Ia (kanak-kanak hilang) bukan sahaja berlaku di Malaysia,” kata Nayati. “Saya hanya mahu membantu kanak-kanak lain yang hilang serta keluarga mereka.

“Saya juga mahu berkongsi dengan mereka tentang apa yang harus dilakukan sekiranya anda diculik. Perkara paling penting adalah anda harus tahu ibu bapa akan berbuat sesuatu untuk menyelamatkan anda.

“Dalam kes saya, pada hari pertama, saya bimbang tentang ibu bapa saya yang tidak tahu apabila yang telah berlaku pada saya, tetapi selepas itu saya merasakan bahawa mereka akan tahu – dan saya juga tahu mereka akan melakukan sesuatu,” katanya.

Pengalamannya turut menjadikan dia sebagai lebih berhati-hati mengenai apa yang ditulis di Facebook dan Twitter.

“Saya juga telah mengubah menjadikannya sebagai privasi maka hanya kawan-kawan sahaja dapat melihat saya mengemaskini profil, gambar-gambar dan video; dan kami masih menerima dua atau tiga mesej setiap hari daripada masyarakat yang menyokong kami,” kata Nayati, sambil menambah, terdapat antara mesej begitu menakutkan.

“Seperti yang satu ini: ‘Hai, bapa mertua, boleh saya kahwin dengan anak lelaki anda?” Nayati berseloroh.

Nayati berkata, Malaysia masih menjadi tempatan yang dia mahu untuk dibesarkan.

“Saya baru sahaja sampai ke sini dan berjumpa dengan semua kawan-kawan saya.

“Di sini berbeza, setiap hari panas dan aman, jadi saya boleh membuat banyak perkara kerana saya menyukai aktiviti luar seperti berenang dan bermain bola keranjang pada bila-bila masa yang saya mahu,” katanya.

“Dan saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia untuk setiap daripada mereka yang mendoakan saya. Saya berhutang nyawa sebenarnya.”

- Nayati dan keluarganya tidak dapat mendedahkan butiran kes penculikan kerana ia perbicaraan di mahkamah masih berjalan.

Artikel Lain