suria

Belum Rancang Jual Saham Di Facebook, Masih Ada Nilai - Vincent Tan

Vincent Tan menerusi MOL Global Bhd, memiliki 3.5 juta saham di laman sosial nombor satu dunia, Facebook.
Vincent Tan menerusi MOL Global Bhd, memiliki 3.5 juta saham di laman sosial nombor satu dunia, Facebook.
Vincent Tan menerusi MOL Global Bhd, memiliki 3.5 juta saham di laman sosial nombor satu dunia, Facebook.

KUALA LUMPUR: Taikun, Tan Sri Vincent Tan tidak mempunyai rancangan segera untuk menjual saham yang dimilikinya di Facebook kerana dia masih melihat nilai potensi dalam laman sosial nombor satu dunia itu.

“Kami boleh menjualnya suatu hari nanti, tetapi kami mahu menyimpannya buat masa ini,” katanya kepada pemberita di luar majlis makan tengah hari Jawatankuasa Pro-tem Majlis Perniagaan Malaysia-Filipinan pada Isnin.

Saham Facebook ditutup Jumaat lepas pada AS$31,91, menurun 3.4 peratus pada hari tersebut dan 16 peratus di bawah tawaran awam permulaan (IPO) berharga AS$ 38.

Ia telah disenaraikan pada 18 Mei lalu.

Timbul spekulasi bahawa Tan mungkin mencari peluang untuk menjual sahamnya di Facebook bergantung kepada prestasi saham.

Walaupun prestasi saham agak perlahan, tetapi beliau berkata masih ada nilai yang akan daripada menjual sahamnya itu.

“Saya fikir ini hanya gangguan sementara bagi saham-saham Facebook. Mark Zuckerberg (pengasas Facebook dan ketua pegawai eksekutif) adalah orang yang bijak dan akan memberikan lebih banyak idea tentang bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan (Facebook) dan saya pasti sahamnya akan berkembang baik," katanya.

MOL Global Bhd, di mana Tan mempunyai pegangan sebanyak 88 peratus di dalamnya, memiliki 3.5 juta saham dalam Facebook.

Saham MOL di Facebook muncul sebagai pertukaran untuk paten daripada satu lagi laman jaringan sosial - Friendster, turut dimiliki oleh MOL.

Berdasarkan harga IPO Facebook AS$38 seunit, MOL telah menetapkan sebahagian AS$133 juta (RM418.66 juta) bagi saham-sahamnya.

Bagaimanapun, berdasarkan harga penutup AS$31.91 pada Jumaat lepas, kepentingan MOL di laman rangkaian sosial kini bernilai kira-kira AS$ 111.69 juta (RM351.72 juta).

Artikel Lain