suria

Pembuli, Pemburu Siber Sering Terlepas Kerana Kurang Bukti

PETALING JAYA: "Ia bukan saya." Begitulah maklum balas yang sering diberikan oleh orang ramai apabila terdapat mesej beruncurkan ancaman atau kebenciian yang dikesan di Facebook atau Twitter mereka atau mana-mana akaun lain di Internet.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, ia hampir mustahil dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan sekiranya seseorang yang melakukannya menafikan perbuatannya.

"Fikirkan tentang mangsa. Orang yang telah difitnah atau nyawanya yang diancam,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sambil menambah bahawa ramai pembuli dan pemburu siber sering merahsiakan identiti menyebabkan mereka terlepas kerana kekurangan bukti.

"Lebih ramai golongan muda yang berhubung secara dalam talian, jadi siapa yang akan mengawasi mereka sekiranya memang benar ada orang yang mahu mengancam mereka?,” katanya dalam satu temuramah mengenai pindaan kepada Akta Keterangan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada April lalu.

Menjawab mengenai kritikan yang mengatakan bahawa pindaan itu adalah tidak adil dalam menolak beban bukti kepada tertuduh, beliau berkata, pemilik akaun Internet di mana ia dikesan terdapat mesej berunsurkan kebencian dengan mudah dapat menangkis tuduhan mereka sekiranya tidak bersalah.

"Sebagai contoh, jika anda boleh mendapatkan saksi yang mengatakan bahawa anda berada berhampiran dengan komputer anda atau mana-mana peranti komunikasi lain ketika mesej itu dihantar, anda boleh terlepas," kata Sharil.

Beliau menambah: “Bukan mudah untuk memastikan pesalah membuat pengakuan. Anda boleh mencari bukti, namun mungkin juga tidak.

"Sekurang-kurangnya sekarang (dengan pindaan), penafian (daripada tertuduh) tidak boleh diterima lagi.”

Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:

> Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah diterbitkan kandungan itu.

> Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

Ditanya sekiranya pindaan itu mencabuli kebebasan peribadi pengguna Internet, Sharil berkata, pihak berkuasa masih perlu menjalankan siasatan rapi dan teliti sebelum mendakwa sesiapa.

"Kemudian terdapat proses perbicaraan,” katanya.

Beliau mengakui bahawa kadar sabitan terhadap pesalah siber yang disyaki adalah amat rendah.

Dari 2009 hingga 2011, sebanyak 625 kes melibatkan orang yang membuat komen lucah atau menyinggung melalui internet atau telefon yang disiasat.

Hanya 16 dihadapkan ke mahkamah dan hanya tiga disabitkan kesalahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, adalah sukar untuk mendakwa pesalah sebelum pindaan kepada Akta.

"Ia adalah sukar untuk mendakwa pesalah kerana ‘server’ terletak di luar negara.

"Segala-galanya belum terkawal,” katanya, dan menafikan bahawa pindaan itu adalah untuk mengekang perbezaan pendapat.

"Kerajaan tidak mahu menyekat sesiapa. Tetapi kita tidak mahu mereka membuat fitnah atau mengancam orang lain," tambah Nazri.

Artikel Lain