Menang Dulu Baru Cakap Soal Siapa MB Kedah - Mukhriz - Semasa | mStar

Menang Dulu Baru Cakap Soal Siapa MB Kedah - Mukhriz

KUALA NERANG: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta agar khabar angin yang beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dihentikan kerana ia terlalu awal untuk dikatakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata BN perlu menang dahulu dalam PRU-13 dan selepas itu baru boleh bercakap siapa yang akan menjadi Menteri Besar (MB).

"Tak guna kita cakap mengenai jawatan MB sekiranya BN belum lagi menang dan pilihan raya pun belum diadakan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Kedah 2012 di sini Sabtu.

Khabar angin mengatakan bahawa Mukhriz akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 dan jika BN menang beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata untuk menang bukan seorang saja yang perlu menang tetapi memerlukan majoriti dalam kerusi DUN untuk mendirikan kerajaan di peringkat negeri.

Katanya beliau bukanlah orang yang suka berebut jawatan serta tanggungjawab yang berat tetapi bersedia menerima apa saja keputusan pimpinan tertinggi.

"Saya ni stail orang lama...tolak menolak. Bagi orang lain pi (naik) dulu la. Saya sanggup bantu di sebalik tabir. Tak kiralah apa pun tempat yang diletak oleh Perdana Menteri, yang itu saya terima.

"Jadi saya tak berharap sangat kerana orang yang berharap mudah kecewa. Jadi saya tak mau kecewa dan tak berharap. Tapi kalau dapat (jawatan) saya ingat boleh terasa beratnya tanggungjawab yang akan dipikul," katanya.

Mukhriz berkata soal sama ada calon Menteri Besar adalah dari golongan muda atau sebaliknya tidak perlu timbul kerana kajian mendapati kriteria yang paling penting untuk memilih pemimpin adalah soal mudah didekati.

"Contohnya kita tonjolkan seorang pemimpin muda tapi dia tak mudah didekati walaupun untuk masyarakat muda, jadi dia akan ditolak dalam pilihan raya kelak. Selain itu calon itu perlulah mampu selesai masalah kerana jika orang lama pun tapi mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah, dia pun mungkin akan dipilih," katanya.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ini ialah BN perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan parti lawan dan menawan semula Kedah.

"Dalam soal MB ni, tak perlu ditimbulkan kerana saya takut juga ada pihak yang menimbulkan agenda tersendiri, saja nak lagakan kita.

"Baru-baru ini pun ayah saya (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pesan kepada kita supaya jangan cantas mencantas sesama kita. Jadi, bila dah timbul perkara-perkara seperti ini seolah-olah kemenangan itu dah ada dalam tangan kita. Itu belum tentu lagi... kena berusaha lebih banyak," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL