suria

Protes MBPKL Di Hadapan Rumah Ambiga Batal, Rancang Di Stadium Bukit Jalil

Jamal (kiri) menyerahkan memorandum kepada Ambiga menerusi Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said dan Datuk Hishamuddin Rais. Foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Jamal (kiri) menyerahkan memorandum kepada Ambiga menerusi Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said dan Datuk Hishamuddin Rais. Foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Jamal (kiri) menyerahkan memorandum kepada Ambiga menerusi Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said dan Datuk Hishamuddin Rais. Foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Rancangan para peniaga untuk melakukan protes di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga Sreenevasan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) bagaimanapun tidak kelihatan dan dibatalkan pada saat akhir.

Kira-kira 60 peniaga kecil sepatutnya membuka gerai mereka pada pukul 4 petang di hadapan rumah Ambiga sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi MBPKL, Datuk Jamal Md Yunus mengarahkan untuk membatalkan rancangan itu pada pukul 5 petang.

Sebaliknya, Jamal dan dua orang wakil lain telah menyerahkan memorandum kepada Ambiga, dan kemudian mengumumkan kepada media bahawa majlis itu merancang untuk menghimpunkan seramai 150, 000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun ini.

“Kami telah memutuskan untuk membatalkan protes ini kerana kami tidak mahu membantah arahan DBKL dan polis.

"Kami menyintai keamanan. Kami mahu memohon maaf kepada jiran-jiran Datuk Ambiga terhadap sebarang kesulitan yang berlaku disebabkan oleh kami,” katanya.

Bagaimanapun, Jamal berkata: “Kami masih mahu Ambiga bertanggungjawab terhadap kerugian yang disebabkan oleh tiga perhimpunan Bersih.

“Kami juga tidak mahu Bersih menganjurkan lagi perhimpunan yang akan menjejaskan perniagaan kami,” katanya.

Menurut Jamal, MBPKL akan meneruskan perjuangan mereka dengan menganjurkan satu perhimpunan Bersih 4.0 di Bukit Jalil untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tiga perhimpunan Bersih dan juga untuk menggalakkan keamanan.

“Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan boleh datang dan menghadiri perhimpunan ini. Mereka juga berpeluang untuk memenangi Lamborghini Gallardo dan banyak lagi kereta mewah hebat melalui cabutan bertuah kami,” katanya.

Jamal sebelum ini mengumumkan bahawa pengguna Facebook berpeluang untuk memenangi Lamborghini Gallardo dan sebuah kereta BMW dengan membuat tanda “suka” pada Facebook milik MPBKL.

Ketika ditanya bagaimana peniaga kecil mampu memberi kereta mewah secara percuma, Jamal menjawab: "Secara individu, kita akan mengalami kerugian. Tetapi dengan bersatu, kami mampu untuk memberikan hadiah itu, tidak kira mahalnya.”

Terdahulu, beberapa kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 50 belia yang berpakaian kemeja t warna putih yang tertera “Halau 1.0” berarak ke arah rumah Ambiga dan melaungkan “Bersih adalah kotor” dan “Halau Ambiga”.

Mereka juga menyerahkan memorandum kepada Ambiga dan menuntut bahawa beliau perlu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kerosakan yang disebabkan oleh perhimpunan Bersih.

Jamal berkata, kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Belia Gagasan1 Malaysia, tidak bergabung dengan kumpulan beliau.

Lebih 100 polis dan pegawai penguatkuasa DBKL bersedia mengawal di kawasan sekitar kediaman Ambiga sejak tengah hari, tetapi kereta-kereta berterusan melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Brickfields, Wan Bari Wan Khalid mengucapkan terima kasih kepada penunjuk perasaan kerana bertindak secara aman.

Ambiga selepas itu berkata, beliau tidak bersimpati terhadap peniaga yang mengalami kerugian semasa perhimpunan tersebut, tetapi menyeru mereka untuk menimbang kerugian yang mereka alami dalam menentang tuntutan terhadap pilihanraya yang bebas dan adil.

“Putuskan mana yang lebih penting, " kata Ambiga.

Beliau menambah: “Permohonan maaf adalah kami membenarkan Malaysia sehingga ke tahap ini, di mana kawasan kejiranan saya menjadi zon perang.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain