suria

Peserta Perhimpunan Insaf, Minta Perkasa Bakar Baju Kuning

GEORGE TOWN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang pada Jumaat membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang telah insaf.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju terbabit beserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu.

Penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan media meminta Perkasa membakar baju yang dipakainya dan beberapa rakan ketika menyertai perhimpunan tersebut, katanya kepada pemberita, di sini.

Penulis berkenaan turut mendakwa berlaku penyelewengan berkenaan agihan wang yang sepatutnya diterima mereka sebagai imbuhan menyertai perhimpunan itu, katanya.

Kumpulan 20 anggota Perkasa itu bertindak membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain