suria

Pakatan Pembangkang Guna Satu Manifesto Pada PRU13

ALOR SETAR: Pakatan pembangkang akan menggunakan satu manifesto sahaja dan mengutamakan isu ekonomi dan pendidikan sebagai strategi memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata ketiga-tiga parti terbabit telah membincangkan pembahagian kerusi di peringkat nasional dan menyelesaikan banyak pertindihan kerusi kecuali sebilangan kecil, termasuk satu di Kedah, yang dijangka selesai Jun ini.

"Majlis Presiden parti menetapkan garis panduan mengenai peruntukan kerusi dan saya yakin dengan semangat muafakat yang kuat dalam PR (Pakatan Pembangkang, PRU kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PR dan Barisan Nasional," katanya.

Kerusi yang sememangnya dimenangi parti komponen Pakatan Pembangkang (pada pilihan raya lepas) tidak akan diminta untuk dirundingkan (pembahagiannya), katanya kepada pemberita selepas melancarkan SISMEP 3.0 dan penyerahan bahan-bahan kempen pilihan raya kepada semua pengarah pilihan raya PKR di Kedah dan Perlis di sini, Jumaat.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata sebanyak 13 juta risalah pilihan raya telah dicetak untuk diedarkan kepada pengundi dengan memberi tumpuan pengundi muda di seluruh negara.

Beliau yakin Pakatan Pembangkang mampu mempertahan Kedah kerana sokongan pengundi muda yang semakin melonjak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain