suria

Lelaki Nigeria 'Kurang Siuman' Bawa Syabu Bernilai RM250,000

MELAKA: Penahanan seorang lelaki Nigeria yang berkelakuan seperti orang kurang siuman semalam, membawa kepada penemuan 27 kapsul mengandungi 567 gram dadah jenis syabu bernilai RM250,000, yang dipercayai ditelannya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima aduan orang ramai berhubung suspek berkelakuan tidak siuman, di sekitar kawasan Batik House, MITC di sini pada 12.05 pagi.

Lelaki yang dipercayai pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur itu dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, katanya pada sidang media, di sini, Khamis.

"Lebih kurang 3 pagi, lelaki tersebut telah buang air besar bersama 11 biji kapsul yang disyaki dadah," katanya.

Beliau berkata doktor kemudian menjalankan x-ray ke atas lelaki tersebut yang memaparkan 16 biji kapsul masih berada di dalam tubuh lelaki terbabit.

Salehhudin berkata kesemua kapsul tersebut berjaya dikeluarkan pada 4 petang semalam dan siasatan berhubung kes itu giat dijalankan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain