Lelaki Ditemui Mati Ditetak - Semasa | mStar

Lelaki Ditemui Mati Ditetak

KLANG: Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan tubuh berlumuran darah akibat ditetak di kepala dan perut di ladang kelapa sawit di Jalan Akob, Bukit Kapar, Khamis.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja ladang kira-kira 8.30 pagi ini ketika pekerja itu sedang membuka pagar ladang berkenaan untuk memulakan tugas.

"Panik melihat keadaan tubuh mangsa dengan perut terburai, pengadu (pekerja ladang) kemudian menghubungi balai polis Kapar untuk meminta bantuan," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara Superitendan Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mangsa yang berumur lingkungan 40-an itu lengkap berpakaian dan dipercayai mati kurang dari tempoh 24 jam.

"Pemeriksaan awal mendapati tubuh mangsa ditetak sebanyak lima kali di bahagian kepala dan perut dipercayai menggunakan senjata tumpul.

"Bagaimanapun tiada dokumen pengenalan diri dan senjata ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Mohd Shukor berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat motif pembunuhan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia