Warga Nigeria Jadi Gila Selepas Telan Kapsul Dadah - Semasa | mStar

Warga Nigeria Jadi Gila Selepas Telan Kapsul Dadah

MELAKA: Penduduk di sini dikejutkan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh seorang warga asing yang tiba-tiba bertindak agresif di khalayak awam tanpa sebarang sebab munasabah.

Semuanya bermula selepas dia ditahan dan di bawa ke hospital selepas pihak berkuasa mendapati dia telah menelan kapsul yang mengandungi dadah dan ia telah pecah di dalam perutnya.

Drama yang berlangsung selama lima jam itu bermula pada pukul 10 malam Selasa apabila seorang warga Nigeria yang merupakan pelajar di sebuah universiti di sini, tiba-tiba bertindak agresif di Taman Melaka Baru.

Dia dilihat menjerit dan melemparkan kata-kata kesat kepada orang ramai yang berada di Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh hingga pukul 3 pagi.

Sekumpulan anggota polis, yang memerhatikannya sejak awal mengambil keputusan untuk menahan apabila dia mula membuat kecoh.

Mereka kemudiannya membawanya ke Hospital Melaka apabila dia terjatuh dan koma.

Doktor yang merawatnya menemui 30 kapsul yang dipercayai mengandungi dadah dalam perut lelaki tersebut.

Difahamkan pihak polis turut menemui 27 kapsul daripada lelaki berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Anwar Bantah 'K-Pop Ala PKR'

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain