suria

Pelajar Maut Motosikal Yang Ditunggangi Dirempuh Kereta

IPOH: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 14 Jalan Lekir-Sitiawan pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa berkata Nursyazlin Lumri, 13, pelajar SMK Batu 10, Lekir, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ahmad berkata kejadian berlaku pada 7 malam ketika pelajar itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di sebuah kedai runcit di tepi jalan berkenaan.

Katanya mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan melintas jalan lalu dirempuh kereta jenis Perodua Alza yang dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan.

Pemandu kereta yang tidak mengalami kecederaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Lain