Muzakarah: Dewan Ulama PAS Senada Dengan Hadi - Semasa | mStar

Muzakarah: Dewan Ulama PAS Senada Dengan Hadi

PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan pendirian senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar parti itu tidak meneruskan muzakarah dengan Umno.

Pendirian tersebut sekaligus bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas dan tidak akan berganjak dengan keputusannya mahu bermuzakarah dengan Umno mengenai isu Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata beliau menyerahkan keputusan mengenai isu muzakarah tersebut kepada kepimpinan tertinggi parti sama ada mahu meneruskan ataupun tidak.

"Apa-apa pun kita perlu ikut kepimpinan parti, tak boleh ingkar. Datuk Seri Presiden sudah mengeluarkan kenyataannya...jadi kita ikutlah.

"Kalau beliau (Abdul Hadi) sudah beri kenyataan begitu (tiada muzakarah dengan Umno), maka itulah keputusan parti," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz dalam isu muzakarah dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pada Rabu sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau mahu meneruskan muzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu 'mengapa Umno menolak Islam'

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa muzakarah itu bukan bertujuan untuk penyatuan kedua-dua parti antara PAS dan Umno.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengenakan dua syarat untuk bermuzakarah dengan Umno iaitu Umno perlu menerima rakan pembangkang DAP dan PKR serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam.

Pada Selasa beliau menambah satu lagi syarat iaitu menggunakan tajuk ‘Kenapa Umno Tolak Islam’ untuk muzakarah.

Artikel Berkaitan

default image

Anwar Bantah 'K-Pop Ala PKR'

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain