Konvensyen Belia Negara 1Malaysia Lulus 10 Resolusi Perkasa Diri - Semasa | mStar

Konvensyen Belia Negara 1Malaysia Lulus 10 Resolusi Perkasa Diri

PUTRAJAYA: Konvensyen Belia Negara 1Malaysia pada Khamis meluluskan 10 resolusi berkaitan belia yang mengharapkan perhatian dan tindakan kerajaan untuk memperkasa golongan belia dalam negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang menerima resolusi daripada wakil peserta konvensyen itu berkata, 10 resolusi yang diluluskan itu menampakkan dengan jelas kematangan belia masa kini.

Beliau berkata, ini kerana enam daripada resolusi itu memerlukan komitmen di pihak belia sendiri manakala tiga darinya akan dipanjangkan kepada kementerian yang berkaitan dan satu lagi menuntut kerjasama kedua-dua pihak kerajaan dan belia.

Berucap pada majlis penutupan konvensyen itu, Razali berkata resolusi itu dengan jelas menampakkan kematangan belia apabila ia banyak memperkatakan tentang diri belia sendiri, dan bukan hanya menunding jari mencari kesalahan orang lain atau hanya banyak membuat tuntutan sahaja.

Antara beberapa kandungan resolusi itu termasuk:

* Gesaan supaya golongan belia Malaysia diperkuatkan lagi dari aspek jati diri, dan menghormati perlembagaan Persekutuan.

* Menggesa belia berfikiran secara kreatif serta inovatif, meminta supaya kerajaan mengiktiraf golongan belia selaras dengan sumbangan yang dicurahkan.

* Menuntut pertubuhan belia memiliki sifat tak berpihak untuk memperkasakan lagi perjuangan, dan sebagainya.

Konvensyen sehari dengan tema 'Menyalakan Obor Karisma Pemimpin Muda' itu merupakan anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia, dan Majlis Belia India Malaysia yang diadakan sempena acara Himpunan Jutaan Belia yangh berlangsung di sini selama lima hari mulai Rabu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Anwar Bantah 'K-Pop Ala PKR'

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain