Kanak-Kanak Enam Tahun Maut Terjatuh Dari Pangsapuri - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Enam Tahun Maut Terjatuh Dari Pangsapuri

Seorang kanak-kanak lelaki V.Kavin Raj, 6, maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim Ayer Itam di sini malam Rabu. Kelihatan dua anggota keluarga kanak-kanak itu tidak dapat menahan kesedihan apabila menatap mayat kanak-kanak itu di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.-Foto BERNAMA.
--fotoBERNAMA
Seorang kanak-kanak lelaki V.Kavin Raj, 6, maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim Ayer Itam di sini malam Rabu. Kelihatan dua anggota keluarga kanak-kanak itu tidak dapat menahan kesedihan apabila menatap mayat kanak-kanak itu di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.-Foto BERNAMA. --fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada 6 petang semalam, V. Kavin Raj dikatakan bermain bersendirian di beranda berhampiran tangga pangsapuri itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.

"Sebelum insiden berlaku, mangsa bergurau dengan kakaknya dengan berjalan menaiki tangga secara mengundur apabila diminta pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata pihaknya menerima mayat mangsa hampir dua jam selepas kejadian.

Beliau berkata berdasarkan keputusan bedah siasat, Kavin Raj meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepalanya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Jawi Rampas Buku Irshad Manji

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Anwar Bantah 'K-Pop Ala PKR'

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain