PAS Minta Majlis Fatwa Nyatakan Pendirian Dalam Isu Gangguan Di Rumah Ambiga - Semasa | mStar

PAS Minta Majlis Fatwa Nyatakan Pendirian Dalam Isu Gangguan Di Rumah Ambiga

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian tegas sama ada tindakan pihak tertentu menggangu keselamatan dan ketenteraman awam di rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga merupakan satu tindakan yang dibenarkan dalam Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jawatankuasa tersebut perlu menyatakan dengan tegas bahawa tindakan seperti ini tidak dibenarkan kerana ia membawa persepsi negatif terhadap Islam.

"Kita mahu isu ini diselesaikan dengan baik dengan tidak mencemarkan imej umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan kepada Ambiga di Bukit Damansara pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menyifatkan tindakan melakukan ‘senaman punggung’ yang dilakukan oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) tersebut sebagai perbuatan yang jijik dan memalukan imej umat Islam serta orang Melayu di negara ini.

"Tindakan seperti ini sangat memalukan umat Islam dan orang Melayu dan tindakan tersebut tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar. Hal ini kerana Islam adalah sebuah agama yang bertolak ansur, menghormati kebebasan bersuara serta perbezaan pendapat terhadap polisi negara.

"Kita melihat Bersih 3.0 merupakan himpunan aman yang menuntut sistem pilihan raya bersih dan adil dan ia merupakan satu tindakan yang baik dan mereka yang terlibat dengan himpunan tersebut dilihat sebagai melakukan amal soleh," katanya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata perbuatan melakukan senaman ‘punggung’ dan membuka gerai burger di hadapan rumah Ambiga telah mengganggu ruang privasi individu berkenaan.

"Ini bukan sahaja ganggu kehidupan peribadi Ambiga dan keluarganya. Kita boleh membangkang, walaupun mereka tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan mereka bolehlah lakukan dengan cara yang beradab.

"Jika merasakan Ambiga telah melakukan kesalahan bawa beliau ke mahkamah bukan dengan mengganggu gugat di hadapan kediamannya dan menimbulkan ketakutan kepada beliau dan keluarganya," katanya.

Minggu lalu, Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PVTM) mengadakan demonstrasi di luar rumah Ambiga.

Kira-kira 10 ahli PVTM membuat senaman 'punggung' pada pukul 8.30 pagi sambil menggelarkan Ambiga dengan 'musuh negara' yang telah merosakkan imej Malaysia.

Ini merupakan demonstrasi kedua yang dibuat di rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga mengadakan 'protes burger' di luar rumahnya kerana kecewa pendapatan mereka didakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 kerana Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan, 28 April lalu .

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain