suria

Keputusan Rayuan Berhubung Tol Lynas Dalam Tempoh Dua Minggu - Ongkili

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan rayuan tiga individu berhubung lesen operasi sementara (TOL) Loji Bahan-Bahan Maju Lynas akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.

Ongkili berkata, beliau telah meneliti 14 perkara yang dibangkitkan sebagai asas rayuan, namun memerlukan sedikit masa untuk berunding dengan pakar dan pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat keputusan.

"Masih terdapat beberapa isu yang perlu saya teliti, dan saya jangka dapat menyelesaikan segala-galanya dalam tempoh dua minggu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Bioetika Negara di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Ongkili berkata, beliau tidak perlu menunggu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung Projek Loji Bahan-Bahan Maju Lynas membuat kesimpulan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Rayuan itu dikemukakan Ismail Abu Bakar, Tan Ah Meng dan Abujavalli V. Raman yang mendakwa terjejas dengan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom pada 30 Januari untuk memberikan TOL kepada Loji Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain