suria

Bekas Timbalan Menteri Tawar Diri Jadi Calon Pada PRU-13

KEPALA BATAS: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata beliau sanggup menawarkan dirinya sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya diberi peluang.

Sebagai seorang ahli parti Barisan Nasional yang setia, Mohd Shariff berkata, beliau pernah menghantar surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai kesanggupannya melepaskan kerusi Parlimen Tasek Gelugor kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada pilihan raya 2008.

"Saya bersedia untuk bertanding semula kerana Tasek Gelugor adalah kubu kuat saya yang dibangunkan selama 20 tahun," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis makan tengah hari bersama Perkasa Tasek Gelugor di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas di sini, Rabu.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung khabar angin mengaitkannya akan bertanding di bawah tiket PAS pada PRU-13.

"Saya berkawan dengan semua ahli politik termasuk pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari PAS," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain