suria

Anggota Bomba Maut Motosikal Langgar Pokok

NIBONG TEBAL: Seorang anggota bomba dan penyelamat Nibong Tebal maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok di Jalan Bukit Panchor, di sini Selasa.

Khairul Maizi Sharif, 41, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superitendan Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu mangsa yang dari arah Transkrian menunggang motosikal bersendirian.

"Mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok yang terdapat di tepi jalan," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Mayat Khairul Maizi dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain