Suhakam Teruskan Siasatan Awam Berhubung Perhimpunan 28 April - Semasa | mStar

Suhakam Teruskan Siasatan Awam Berhubung Perhimpunan 28 April

KUALA LUMPUR: Suhakam telah membuat keputusan untuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan penggunaan kekerasan yang tidak perlu oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

"Keputusan ini mengambil kira pemantauan sendiri dalam peristiwa 28 April," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau berkata keputusan itu juga berasaskan kepada pelbagai aduan dan memorandum yang diterima oleh Suhakam daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan kumpulan profesional, yang kesemuanya meminta supaya menjalankan penyiasatan bebas terhadap perhimpunan itu.

"Suhakam mahu, tetapi tidak boleh lagi menunggu terma yang merujuk kepada Panel Bebas yang ditubuhkan kerajaan kerana mereka masih belum memuktamadkannya.

"Walau apa pun siasatan yang dijalankan oleh panel tersebut, Suhakam bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan awam menurut mandat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Suhakam."

Hasmy berkata naib pengerusi, Datuk Dr Khaw Lake Tee akan mengetuai panel siasatan dan akan dibantu oleh rakan pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Terma-terma rujukan adalah seperti berikut:

> Tentukan sama ada terdapat apa-apa perlanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan:

> Bagaimana berlakunya perlanggaran;

> Apa yang sebab berlakunya perlanggaran;

> Siapa individu / agensi bertanggungjawab; dan

> Untuk mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan bahawa pelanggaran itu tidak berulang.

Oleh itu, Hasmy berkata, Suhakam meminta keterangan dan permohonan awam dan memberikan maklumat dan bukti sebelum 4 Jun.

Sebarang pertanyaan dan pemberian maklumat dan dokumen-dokumen, sila hubungi Kumpulan Siasatan dan Pemantaua Aduan Suhakam di talian: 03-2612 5600 Faks: 03-2612 5694/5620; atau E-mel: complaints@suhakam.org.my / humanrights @ suhakam.org.my.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini