Polis Serbu 11 Premis Judi Siber, Tahan Dua Lelaki - Semasa | mStar

Polis Serbu 11 Premis Judi Siber, Tahan Dua Lelaki

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dan merampas 240 komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber dalam serbuan terhadap 11 premis di sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Taman Seri Sentosa, Sri Petaling, dekat sini, Isnin.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, DSP Azman Mohd Isa berkata serbuan pada pukul 4.30 petang itu dipercayai dapat dihidu pemiliknya berikutan kebanyakan premis berkenaan ditutup.

"Kami mulanya menyerbu enam premis perjudian tetapi tidak menemui pelanggan, kecuali dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang menjaga premis itu. Kami kemudian terpaksa memecahkan lima premis lain yang ditutup pemiliknya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan itu.

Beliau berkata serbuan itu yang dijalankan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati kesemua premis yang terletak bersebelahan satu sama lain itu, telah lama beroperasi secara haram .

"Siasatan awal mendapati premis judi ini menetapkan wang pertaruhan serendah RM20 bagi menarik pelanggan. Ia turut memasang sistem kamera litar tertutup untuk memudahkannya mengesan kehadiran polis," katanya.

Azman berkata kedua-dua lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain