Penyamun Mati Setelah Terjun Ke Dalam Longkang Untuk Selamatkan Diri - Semasa | mStar

Penyamun Mati Setelah Terjun Ke Dalam Longkang Untuk Selamatkan Diri

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut dipercayai lemas apabila terjun ke dalam longkang ketika melarikan diri setelah terkejut disergah pemilik rumah yang cuba dipecah masuknya, awal Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, lelaki berumur 29 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang itu cuba memecah siling rumah milik bekas tentera di Jalan Alamanda, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman, namun perbuatannya itu disedari pemilik rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superitendan K. Manoharan berkata, pemilik rumah berkenaan yang keluar ke halaman setelah mengesyaki rumahnya cuba dipecah masuk, ternampak kelibat penyamun di atas bumbung.

Katanya, pemilik rumah yang merupakan bekas anggota tentera berumur 43 tahun itu menyergah suspek yang menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan terjun dari bumbung rumah berkenaan.

"Ketika melarikan diri, suspek terjun ke dalam longkang besar tidak jauh dari rumah itu dan ketika terjun, kepalanya dipercayai terhantuk ke dinding konkrit longkang yang dipenuhi air separas pinggang menyebabkannya terus tenggelam," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Manoharan berkata, pemilik rumah berkenaan cuba menyelam untuk menyelamatkan suspek namun gagal.

Mayat lelaki itu ditemui di dasar longkang oleh polis yang tiba sejurus dimaklumkan mengenai kejadian, katanya.

Manoharan berkata, mayat dihantar ke Hospital Kemaman dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain