suria

Kelindan Maut Dua Lori Berlanggar

GEORGE TOWN: Seorang kelindan lori sayur maut apabila lori yang dinaikinya merempuh sebuah lori tanah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Bayan Lepas pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superitendan Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 11.30 pagi itu, S. Jevahisvaran, 30, maut di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Katanya, kemalangan itu dikatakan berlaku apabila pemandu lori sayur S. Kumara, 28, menukar haluan kenderaan secara mendadak sebelum merempuh lori tanah di hadapannya.

Pemandu lori tanah dan lori sayur serta dua lagi pembantunya hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Gan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu. - BERNAMA

Artikel Lain