suria

Kastam Rampas Dadah RM2.057 Juta

Liah Omar (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu seberat 3.11kg yang ditemui disorok di dalam bagasi oleh pelajar wanita warga Vietnam berumur 25 tahun ketika mengadakan sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia di Nilai pada Selasa. Turut serta Penolong Penguasa Kastam Kanan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Omar Hamzah (kiri). Foto BERNAMA.

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.23 kg dadah syabu bernilai RM2.057 juta yang cuba dibawa masuk ke Malaysia melalui Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) dalam dua kes berasingan pada Isnin.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, dalam kes rampasan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki warga India berumur 24 tahun pada kira-kira pukul 1.20 pagi yang tiba dari Bangalore, India apabila bagasinya yang diimbas menunjukkan imej mencurigakan.

"Pasukan kita telah mengesan 10 buah bingkai gambar terdapat bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 5.12 kg dianggarkan nilai pasaran RM1.280 juta," katanya pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat di sini, Selasa.

Katanya, kes kedua membabitkan penahanan seorang pelajar wanita warga Vietnam berumur 25 tahun pada kira-kira pukul 2 pagi yang tiba dari Chennai, India.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawanya, pihaknya mengesan satu bungkusan dadah jenis syabu seberat 3.11 kg dengan anggaran nilai pasaran RM777,500 dalam satu ruang sulit.

"Siasatan awal mendapati lelaki dan wanita itu pernah datang ke Malaysia.

"Kita percaya mereka adalah keldai dadah membabitkan sindiket dari India dan Nigeria di Malaysia.

"Lelaki dan wanita itu masing-masing ditahan reman tujuh hari sehingga 27 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain