suria

Pekerja Kilang Maut Langgar Belakang Forklift

BUTTERWORTH: Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 134.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Seberang Jaya, di sini Isnin.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Tengah, ASP S.Manogaran berkata mangsa Mohd Sabri Zainul, 39, dari Tasek Gelugor di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Kemalangan berlaku pada pukul 11.50 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang forklift yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa jatuh ke lorong kanan jalan sebelum bergesel dengan sebuah bas.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini Isnin. Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain