Himpunan Sejuta Umat Di Melaka 27 Mei - Semasa | mStar

Himpunan Sejuta Umat Di Melaka 27 Mei

MELAKA: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan mengadakan siri jelajah kali keenam di Melaka pada 27 Mei depan selepas kali terakhir diadakan di Terengganu, Februari lepas.

Penasihat Sekretariat Himpun Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah berkata perhimpunan itu diadakan bertujuan menyedarkan generasi Islam mengenai gerakan global yang mahu memesongkan akidah sekaligus menghancurkan Islam.

Beliau berkata perhimpunan anjuran Majlis Perundingan NGO Melayu Melaka yang bakal diadakan di Politeknik Merlimau dekat sini itu dijangka mengumpul lebih 8,000 orang.

"Himpunan ini sama sekali bukan mahu memusuhi agama lain cuma hendak pertahankan agama Islam selain bermatlamat menyatupadukan umat Islam itu sendiri biarpun berlainan pandangan politik," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, Ahad.

Katanya perhimpunan bertemakan 'Selamatkan Akidah' itu akan diadakan dari 8 pagi hingga 1 petang dengan pengisian seperti ceramah, persembahan nasyid serta tayangan video berkaitan kegiatan murtad. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.