Bunuh Tukang Urut: Keputusan Lepas, Bebas Penghantar Gas Kekal - Semasa | mStar

Bunuh Tukang Urut: Keputusan Lepas, Bebas Penghantar Gas Kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, Isnin, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas serta membebaskan seorang penghantar gas daripada pertuduhan membunuh seorang tukang urut tradisional, yang cuba meliwat dan mencederakannya, lapan tahun lepas.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 25 Jun 2010, yang melepas serta membebaskan Mohd Hairi Sabdin, 31.

Dalam penghakimannya, Abdul Malik berkata panel itu bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa tindakan Mohd Hairi membunuh Abdul Rahman Hussain adalah untuk mempertahankan diri dan mengelak maruahnya tercemar akibat perbuatan si mati.

Beliau berkata polis juga tidak menyiasat dengan teliti kes itu kerana tidak mengambil sampel daripada bahagian sulit Mohd Hairi dan si mati, yang mungkin akan menyokong keterangan tertuduh bahawa mangsa telah melakukan serangan seksual terhadapnya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Mohamed Ali.

Mohd Hairi, yang berusia 22 tahun ketika kejadian, dituduh membunuh Abdul Rahman dengan gunting di rumah si mati di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang pada 4.30 pagi, 25 September 2003.

Dalam pembelaannya, Mohd Hairi berkata Abdul Rahman menawarkan untuk mengurut bahu, pinggul dan kakinya yang sakit namun melakukan serangan seksual ketika dia datang untuk mendapatkan rawatan.

Satu pergelutan berlaku antara mereka, yang berakhir dengan Mohd Hairi menikam Abdul Rahman beberapa kali di leher serta badan, dan tertuduh mendakwa tindakannya itu hanyalah untuk mencederakan si mati.

Keterangan patologi pula menunjukkan Abdul Rahman mengalami 63 kecederaan akibat tikaman bertalu-talu.

Mohd Hairi diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain