suria

Berakhirnya Satu Era Dalam Dunia Muzik

Gambar dari fail foto yang diambil pada 24 Mei, 2007. Robin Gibb tiba di Grosvenor House, London, untuk menghadiri Anugerah Ivor Novello. -Foto AP
Gambar dari fail foto yang diambil pada 24 Mei, 2007. Robin Gibb tiba di Grosvenor House, London, untuk menghadiri Anugerah Ivor Novello. -Foto AP
Gambar dari fail foto yang diambil pada 24 Mei, 2007. Robin Gibb tiba di Grosvenor House, London, untuk menghadiri Anugerah Ivor Novello. -Foto AP

ALBUM muzik pertama yang penulis miliki ketika berusia 13 tahun adalah sound track filem Saturday Night Fever yang ditulis, diolah, disusun dan diterbitkan oleh kumpulan bersaudara The Bee Gees pada tahun 1977.

Dan malam Ahad lalu, seluruh dunia dan peminat The Bee Gees meratapi kematian kedua anggotanya iaitu Robin Gibb, 62, akibat kanser. Kurang lebih 10 tahun yang lalu, mereka kehilangan saudara kembar Robin, Maurice yang berusia 53 tahun ketika meninggal dunia.

Sebulan yang lalu, para peminat merasakan Robin akan dapat melawan sakitnya itu setelah dia tersedar dari koma. Hakikatnya, dia tidak dapat lagi menanggung kesengsaraan itu walaupun hati dan jiwanya mahu berbuat demikian.

Ketika di dalam koma selama 12 hari, abang sulungnya Barry, 65, yang juga merupakan tonggak utama kumpulan mereka terbang dari Amerika ke kota London di mana Robin bermastautin.

Sepanjang berada di sisinya, Barry dan anak-anak Robin iaitu Robin-John serta Spencer telah mendendangkan lagu-lagu ciptaannya di sisi pemuzik dan penyanyi tersebut dalam usaha mereka untuk memulihkan semangatnya.

Robin sedar dari koma dan mula bercakap dengan kesemua mereka. Para doktor yang merawatnya merasakan, terdapat suatu kekuatan di dalam jiwanya untuk terus hidup dan melawan kanser yang dihidapinya itu. Barry yang berasa sangat gembira dengan perkembangan positif adiknya itu telah kembali ke Amerika.

Tetapi Robin tidak bertahan lama. Minggu lalu dia kehilangan upaya untuk bercakap dan minggu ini dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isterinya Dwina dan anak-anaknya.

Walaupun The Bee Gees akan diingati kerana lagu mereka Stayin’ Alive tetapi realitinya, kematian Robin akan menandakan berakhirnya kehidupan sebuah kumpulan muzik yang telah menjual 220 juta unit album di seluruh dunia sepanjang kerjaya mereka sebagai penyanyi, pemuzik dan komposer lagu.

Keseluruhannya, mereka telah menghasilkan 21 buah album, tiga album soundtrack tetapi hanya sebuah yang akan diingat dan dikenang iaitu Saturday Night Fever dan dua album persembahan secara langsung sepanjang karier mereka yang gemilang itu.

Ini belum termasuk lagi album-album kompilasi dan juga album memperingati ulang tahun penubuhan mereka. Album sulung mereka yang pertama berjudul Spicks and Specks diterbitkan pada tahun 1966 dan album terakhir mereka berjudul This Is Where I Came In diterbitkan pada tahun 2001.

Mereka menerima sembilan anugerah Grammy iaitu anugerah tertinggi untuk artis rakaman di Amerika bermula dari tahun 1978 hinggalah 2004.

Untuk generasi 60-an, 70-an dan 80-an, Bee Gees akan dikenang sebagai kumpulan muzik yang menghasilkan melodi dan lirik yang sukar dilupakan.

Misalnya dalam lagu I Started A Joke yang didendangkan oleh Robin sendiri, The Bee Gees secara sinikal mentertawakan diri sendiri dengan kata-kata seperti berikut;

I started a joke, which started the whole world crying, but I didn't see that the joke was on me, oh no. I started to cry, which started the whole world laughing, oh, if I'd only seen that the joke was on me. I looked at the skies, running my hands over my eyes, and I fell out of bed, hurting my head from things that I'd said. Til I finally died, which started the whole world living, oh, if I'd only seen that the joke was on me.

but I didn't see that the joke was on me, oh no.

I started to cry, which started the whole world laughing,

oh, if I'd only seen that the joke was on me.

I looked at the skies, running my hands over my eyes,

and I fell out of bed, hurting my head from things that I'd said.

Til I finally died, which started the whole world living,

Kemudian dalam lagu How Can You Mend A Broken Heart, mereka telah menghasilkan lirik yang sangat indah seperti berikut tentang seorang yang patah hati;

I can think of younger days when living for my life Was everything a man could want to do. I could never see tomorrow, but I was never told about the sorrow. And how can you mend a broken heart? How can you stop the rain from falling down? How can you stop the sun from shining? What makes the world go round? How can you mend a this broken man? How can a loser ever win? Please help me mend my broken heart and let me live again. I can still feel the breeze that rustles through the trees And misty memories do days gone by We could never see tomorrow, no one said a word about the sorrow. And how can you mend a broken heart? How can you stop the rain from falling down? How can you stop the sun from shining? What makes the world go round? How can you mend this broken man? How can a loser ever win? Please help me mend my broken heart and let me live again.

Was everything a man could want to do.

I could never see tomorrow, but I was never told about the sorrow.

And how can you mend a broken heart?

How can you stop the rain from falling down?

How can you stop the sun from shining?

What makes the world go round?

How can you mend a this broken man?

How can a loser ever win?

Please help me mend my broken heart and let me live again.

I can still feel the breeze that rustles through the trees

And misty memories do days gone by

We could never see tomorrow, no one said a word about the sorrow.

And how can you mend a broken heart?

How can you stop the rain from falling down?

How can you stop the sun from shining?

What makes the world go round?

How can you mend this broken man?

How can a loser ever win?

Dan walaupun The Bee Gees dikaitkan dengan era disko tetapi lagu-lagu balada dan cinta merekalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik kerana ia bukan sahaja mendayu-dayu dengan suara falseto, vibrato dan harmoni tiga bersaudara ini tetapi kerana kekuatan liriknya yang luar biasa dan lain dari yang lain.

Selamat tinggal Bee Gees.