suria

Lima Anggota Polis Cedera, Kereta Rempuh Pagar Kediaman Rasmi PM

KUALA LUMPUR: Lima anggota polis cedera apabila kereta yang mereka naiki merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kelima-lima mangsa yang berusia di antara 20 dan 22 tahun dan bertugas di ibu pejabat polis Shah Alam menerima rawatan di Hospital Putrajaya sebelum salah seorang daripada mereka dibenarkan keluar wad.

Mohmad berkata, kelima-lima anggota polis itu tidak bertugas semasa kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Beliau berkata, kereta tersebut merupakan milik seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan itu.

Artikel Lain