Kementerian Kesihatan Jamin Susu 1Malaysia Selamat Diminum - Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Jamin Susu 1Malaysia Selamat Diminum

BENTONG: Pelajar dan rakyat negara ini tidak perlu bimbang mengenai kualiti susu yang dibekalkan ke sekolah menerusi Program Susu 1Malaysia kerana minuman itu dijamin selamat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian itu sentiasa melakukan pemantauan menerusi Jabatan Keselamatan Makanan, bagi memastikan susu yang dibekalkan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tempat penyimpanan yang tidak sesuai di sekolah mungkin menjadi punca kualiti sesetengah susu yang dibekalkan terjejas sehingga menyebabkan pelajar mengalami cirit-birit, katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

"Pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran sedang bekerjasama untuk menangani masalah ini terutamanya bagi menyediakan tempat penyimpanan susu yang lebih selamat di sekolah," katanya yang ditemui selepas merasmikan Karnival Jelajah Sihat Peringkat Kebangsaan.

Beliau mengulas kes beberapa pelajar di negeri ini mengalami cirit-birit, dipercayai selepas meminum susu di bawah Program Susu 1Malaysia.

Mengulas lanjut, Liow berkata secara keseluruhannya kes keracunan makanan murid sekolah rendah akibat susu 1Malaysia adalah kecil berbanding yang disebabkan oleh penyediaan makanan kurang bersih di kantin.

Mengenai perkara berbeza, Liow berharap pihak berkuasa tempatan memastikan kutipan sampah dibuat mengikut jadual bagi membantu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Katanya usaha membasmi wabak denggi di seluruh negara belum mencapai kejayaan sekalipun pelbagai usaha dilakukan agensi kerajaan termasuk kementeriannya.

"Kes denggi negara kita sehingga hari ini telah mencecah 9,500 kes yang mengakibatkan 20 kematian berbanding 7,800 dalam tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan 12 kematian.

"Bagi memerangi denggi tahun ini, Kementerian Kesihatan akan melancarkan kempen yang bertemakan 'Tiada Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes, Tiada Denggi'," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

KDN Diminta Siasat Buku Irshad Manji

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain