Cari Jalan Bantu Pelajar India Masuk IPTA - Khaled Nordin - Semasa | mStar

Cari Jalan Bantu Pelajar India Masuk IPTA - Khaled Nordin

JOHOR BAHARU: Kementerian Pengajian Tinggi sedang mencari jalan untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar kaum India ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang kini didapati menurun.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penurunan peratusan kemasukan pelajar itu disebabkan sistem meritokrasi yang hanya memilih mereka yang terbaik sahaja tanpa mengira kaum.

Katanya kebimbangan mengenai penurunan kemasukan pelajar kaum India ke IPTA telah disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat kemasukan pelajar kaum India ke IPTA meningkat dan meminta kementerian mencari kaedah terbaik untuk membantu mereka.

"Kementerian sedang mencari kaedah bagi mengatasi masalah ini, seperti membuat program dan bertemu pelajar kaum India untuk melonjakkan kemasukan mereka ke IPTA," katanya semasa Majlis Ramah Mesra Masyarakat India DUN Permas di Permas Jaya di sini, Ahad.

Beliau berkata walaupun sistem meritokrasi diguna pakai pada masa kini, namun pendekatan lain perlu diambil bagi membantu golongan minoriti yang tercicir.

Katanya pendekatan 'free for all' atau kesamarataan tidak mungkin dapat dilaksanakan selagi ada keciciran dari segi pendidikan atau kemiskinan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Majlis yang dihadiri 1,000 orang masyarakat India daripada pelbagai peringkat itu dirasmikan oleh Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain