suria

PAS Mahu Muzakarah Dengan Umno Diadakan Sebelum PRU13

KUALA TERENGGANU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu muzakarah dengan Umno diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata muzakarah PAS dengan Umno hanya bertujuan untuk menyatupadukan ummah dan tidak mempunyai sebarang kepentingan politik.

"Adalah lebih baik sekiranya muzakarah ini diadakan sebelum pilihan raya.

"Muzakarah ini sangat digalakkan dalam Islam demi kepentingan dan perpaduan ummah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PAS Kuala Terengganu di sini, Sabtu.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan PAS bersatu dengan Umno, Nik Aziz berkata Umno perlu menerima dua parti lain dalam Pakatan Rakyat pada masa yang sama.

Artikel Lain