suria

Mahmood Adam Dilantik Pengerusi SPA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk R. Segarajah dilantik sebagai timbalannya.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Zainol Othman, bekas Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Audit Negara, Boon Jon Lin dan bekas Pegawai Tadbir Negeri Sarawak Isaka anak Kana dilantik sebagai anggota SPA.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataan di sini Jumaat berkata, kesemua pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (4) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

"Kesemua pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun mulai tarikh mereka mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia.

"Dengan pelantikan ini, saya bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan percaya bahawa mereka akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai anggota SPA mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain