suria

Dua Beradik Didakwa Cuba Bunuh Menantu Perempuan

Dua beradik, Lee Wei Mei dan Lim Wei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan cuba membunuh menantu sulung wanita berkenaan di sebuah pangsapuri di sini. Foto THE STAR Oleh: MUSTAFA AHMAD.

BUTTERWORTH: Dua beradik yang berusia 63 dan 60 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan cuba membunuh menantu sulung wanita berkenaan dengan membakar rumahnya di Seberang Jaya.

Bagaimanapun, Lee Wei Mei dan Lee Wei Chee mengaku tidak bersalah.

Mereka dituduh menggunakan pisau untuk mencederakan Yeoh Kar Tin yang boleh menyebabkan kematiannya, yang juga menantu perempuan Wei Mei,42, di rumah pangsanya di Taman Tun Hussein pada pukul 4 petang, 8 Mei lalu.

Yeoh yang juga guru sekolah rendah mula sedar Rabu lalu selepas koma selama lapan hari.

Dia menderita kerana lebih 45 peratus badannya terbakar Yeoh juga masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Wei Mei dan Wei Chee juga didakwa dengan sengaja menyimbah petrol ke pangsapuri yang diduduki Yeoh pada hari dan masa yang sama.

Hakim Sesyen, Ikmal Hisan Mohd Tajuddin mengarahkan Wei Mei dihantar ke Hospital Bahagian di Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Beliau menetapkan ikat jamin RM30,000 kepada Wei Chee namun tertuduh gagal untuk menbayar jumlah tersebut.

Mahkamah menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Peguam Christine Khor mewakili Wei Chee sementara Moke Yee Yow mewakili kakaknya.

Sementara Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan menerajui unit pendakwaan.

Suami Yeoh, Mak Chee Wah, 42, berkata bahawa pihak Hospital Pulau Pinang memberitahunya bahawa isterinya sangat tenat.

"Doktor memberitahu bahawa isteri saya perlu menjalani beberapa pembedahan," kata Mak kepada pemberita di sini

Sementara itu,, Parti Cinta Malaysia Butterworth telah menubuhkan tabung bagi membantu keluarga Mak.

Bagi merekayang ingin menyampaikan sumbangan mereka boleh menghubungi ketua pasukan tabung tersebut, Calvin di talian, 014-908 2280.

Artikel Lain