suria

Tujuh Lelaki Ditahan Dipercayai Terbabit Kes Bunuh

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki dan menemui beberapa barangan milik mangsa serta senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki di Jalan Bercham, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superietndan Azisman Alias pada Jumaat berkata, kesemua suspek berusia antara 18 dan 49 tahun ditahan di Bercham pada Khamis.

Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti itu ditemui di tepi jalan oleh orang awam dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat mangsa dihantar oleh orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya kepada pemberita di sini.

"Pada mulanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan kecederaan di anggota badan mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras," katanya.

Azisman berkata, kesemua suspek ditahan reman seminggu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Lain