suria

Terdapat Percubaan Pecah Masuk Pejabat Ambiga

KUALA LUMPUR: Seseorang telah cuba untuk memecah masuk ke dalam pejabat Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga antara Khamis petang dan pagi Jumaat.

Menurut seorang kakitangan yang enggan namanya disiarkan, orang terbabit membongkar panel keselamatan di luar pejabat Ambiga yang terletak di Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 5.00 petang Khamis dan 8.45 pagi Jumaat.

Kakitangan berkata, seorang lagi kakitangan yang tiba di pejabat pada awal pagi menyedari panel keselamatan telah dibongkar dan segera memaklumkannya kepada majikan.

Kakitangan juga kemudiannnya membuat laporan polis di Balai Polis Travers, tambah beliau.

Mereka membongkar panel keselamatan di luar pejabat saya tetapi tidak pasti jika mereka benar-benar memasukinya, kata Ambiga ketika dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan itu.

Pada 15 Mei, satu kumpulan tentera veteran membelakangi rumah Ambiga dan menjalankan senaman punggung di hadapan rumahnya di Bukit Damansara.

Ini merupakan demonstrasi kedua yang akan diadakan di hadapan rumah Ambiga selepas protes burger diadakan pada 10 Mei oleh peniaga yang memberikan burger percuma.

Mereka mendakwa kecewa atas kehilangan pendapatan akibat perhimpunan Bersih 3.0.

Artikel Lain