suria

Sabah & Sarawak Semakin Sesak, 17 Parti Baru, Parti Bebas Bakal Bersaing PRU-13

PETALING JAYA: Walaupun rundingan diadakan antara Pakatan Rakyat dan parti pembangkang yang berpangkalan di Sabah untuk mengelakkan pergaduhan pelbagai penjuru, sekurang-kurangnya 13 parti baru meminta untuk didaftarkan di negeri ini dan banyak parti Bebas dijangka menyertai persaingan.

Perselisihan adalah pasti, terutamanya apabila pemimpin Sabah seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan membuat penjelasan bahawa mereka tidak akan memberi laluan kepada Pakatan.

Dr Kitingan, yang mengetuai Parti Reformasi Negeri (STAR), berkata Pakatan Rakyat perlu menumpukan perhatian di semenanjung.

Beliau mempunyai sokongan yang agak besar bagi pernyataannya itu:

"Biarkan parti politik Sabah dan Sarawak bertanding 57 kerusi di kedua-dua negeri ini dan Labuan. Kita tahu apa yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak."

Artikel Lain