suria

Penoreh Maut Motosikal Diseret Lori

BESUT: Seorang penoreh maut apabila motosikalnya dirempuh lori dan diseret kira-kira 80 meter di Km 93, Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Pekan Jabi di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata Che Abdul Rani Che Wel, 53, datang dari rumahnya di Kampung Kerandang menuju kebun getahnya di Kampung Pondok Nyamuk apabila kejadian berlaku kira-kira 7.45 pagi.

"Mangsa cedera parah di kepala dan muka akibat jatuh diseret oleh lori yang datang dari belakang, " katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mangsa meninggal di tempat kejadian. Kamaruddin berkata pemandu lori kecil berkenaan yang berumur 27 tahun kemungkinan mengantuk. - BERNAMA

Artikel Lain