Lelaki Dituduh Dera Bayi Berusia Dua Bulan - Semasa | mStar

Lelaki Dituduh Dera Bayi Berusia Dua Bulan

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, atas tuduhan melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap seorang bayi berusia dua bulan.

Majistret, Arif Mohd Shariff membenarkan tertuduh, Muhamad Zaidi Jaafar, 31, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin.

Muhamad Zaidi dituduh melakukan penganiyaan terhadap Muhamad Iskandar Zulkarnain Abdullah hingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi pukul 9.30 malam, 9 Mei lepas di sebuah rumah di Mukim 3, Kampung Pelet.

Perbuatan itu diketahui selepas bayi itu dibawa ke hospital oleh ibunya, dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa, dipercayai didera.

Laporan polis kemudiannya dibuat doktor berkenaan.

Muhamad Zaidi didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, J G Kaameni Jaya Raman. Mahkamah menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain