Majlis Peguam Tidak Berhak Tolak Penubuhan Akademi Undang-Undang - Nazri Aziz

JAKARTA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang kerana mereka bukan anggota Parlimen yang bercakap mewakili rakyat.

"Majlis Peguam tidak berhak mengatakan tidak dan terpulang kepada kami untuk mengatakan ya dan saya fikir kita perlu mempunyai sebuah akademi undang-undang supaya mereka yang tidak berpersatuan, yang mempunyai latar belakang undang-undang, dapat disatukan di bawah akademi undang-undang," katanya.

Sebagai contoh, katanya pensyarah dan profesor di universiti dalam bidang undang-undang dan penasihat undang-undang di sektor korporat akan dapat berpersatuan dengan adanya Akademi Undang-undang itu nanti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menolak cadangan kerajaan untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang, sebagai alternatif kepada persatuan itu.

Mohamed Nazri tiba di sini Rabu dengan mengetuai delegasi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) Malaysia untuk lawatan tiga hari.

"Saya nak bagi tau, saya seorang peguam, tak berbangkit soal saya kata nak menutup Majlis Peguam. Saya punya kenyataan itu bersifat politik. Maknanya tindakan mereka itu memalukan," katanya.

Mohamed Nazri berkata Majlis Peguam mungkin berasa bahawa rakyat bersetuju dengan tindakan mereka.

"Majlis Peguam perasan. Mereka fikir seluruh rakyat setuju dengan mereka. Apa hak yang mereka ada untuk menolak (penubuhan Akademi Undang-Undang)? Mereka tidak ada kuasa untuk menghentikan kita (kerajaan) menubuhkan akademi," katanya.

Lim dalam kenyataannya semalam menyebut bahawa kenyataan Nazri menimbulkan persepsi bahawa cadangan itu dihidupkan semula apabila kerajaan berasa terancam oleh Majlis Peguam yang tidak bersetuju penyalahgunaan kuasa oleh polis pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri itu berkata tidak timbul soal kerajaan berasa terancam hanya dengan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

"Kenapa kerajaan perlu berasa terancam? Tidak ada apa-apa ancaman yang dirasakan oleh kerajaan sejak Majlis Peguam ditubuhkan bertahun lamanya. Alhamdulilah kerajaan masih kuat," katanya.

Mohamed Nazri juga mencabar Majlis Peguam supaya mendaftar pertubuhan itu sebagai parti politik memandangkan fokus badan itu lebih cenderung kepada politik.

Beliau turut mencabar presiden Majlis Peguam supaya bertanding dalam pilihan raya jika mahu mewakili rakyat.

"Saya tawarkan Lim untuk bertanding di Padang Rengas supaya dia boleh bersuara mewakili rakyat," katanya. - BERNAMA

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain