Lebih 3,000 Anggota Kesatuan Sekerja Berhimpun Bersama Muhyiddin Selasa Depan - Semasa | mStar

Lebih 3,000 Anggota Kesatuan Sekerja Berhimpun Bersama Muhyiddin Selasa Depan

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 anggota kesatuan sekerja seluruh negara akan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis perhimpunan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baharu Selasa depan.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia hari ini, perhimpunan itu akan menyatukan anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kesatuan kebangsaan daripada sektor awam dan swasta serta kesatuan dalaman daripada sektor swasta, awam dan berkanun.

"Perhimpunan ini merupakan salah satu wadah pertemuan antara kesatuan sekerja dan pemimpin negara bagi membantu membina kefahaman kesatuan mengenai peranan kesatuan sekerja dalam proses transformasi negara.

"Perhimpunan ini juga mengharapkan kesatuan sekerja dapat memainkan peranan menjayakan matlamat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020," menurut kenyataan itu lagi.

Pada perhimpunan itu, Muhyiddin dijangka memperjelaskan dasar kerajaan kepada anggota kesatuan sekerja, selain menyediakan platform kepada pemimpin dan anggota kesatuan sekerja untuk menyuarakan pendapat, idea dan luahan hati mereka kepada kerajaan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain