suria

PM Tiba Di New York Untuk Lawatan Kerja

NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Selasa untuk memulakan lawatan kerja yang bertujuan mengukuh dan memperluas hubungan dengan negara ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Westchester County di sini dengan pesawat khas pada 1.00 pagi Rabu (1.00 tengah hari Rabu waktu Malaysia) selepas melakukan lawatan kerja ke United Kingdom.

Ketibaan mereka disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Othman Hashim. - BERNAMA

Artikel Lain