suria

Pengeluaran Lesen Pengendalian Sementara Kepada Lynas Ditangguh

KUALA LUMPUR: Pengeluaran Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Lynas (M) Sdn Bhd ditangguh sehingga keputusan rayuan dimuktamadkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Setiausaha Eksekutif Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan berkata menteri pada 16 Feb tahun ini telah menerima rayuan daripada tiga perayu berhubung kelulusan lembaga ke atas TOL kepada Lynas.

"Sementara meneliti rayuan itu, menteri telah mengarahkan Lembaga supaya pengeluaran TOL kepada Lynas (M) Sdn Bhd ditangguh selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984," katanya dalam kenyataaan di sini, Selasa.

Beliau berkata sesi pembicaraan rayuan telah diadakan pada 17 April lepas dan sehingga keputusan rayuan dimuktamadkan oleh menteri, arahan penangguhan pengeluaran lesen TOL kepada Lynas terus berkuatkuasa. BERNAMA

Artikel Lain