suria

Jalan Ditutup Sempena Perarakan Citrawarna Malaysia

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup Sabtu ini sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2012.

Menurut kenyataan Polis Trafik Kuala Lumpur, jalan berkenaan ialah Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi.

Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak), Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan Dataran Merdeka.

Jalan-jalan tersebut juga akan ditutup semasa raptai perarakan pada Khamis dan Sabtu bermula 7.30 petang hingga tengah malam.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. BERNAMA

Artikel Lain