suria

PVTM Buat Senaman 'Menonggeng' Dihadapan Rumah Ambiga

KUALA LUMPUR: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PVTM) mengadakan demonstrasi di luar rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Selasa.

Kira-kira 10 ahli PVTM membuat senaman 'menonggeng' pada pukul 8.30 pagi sambil menggelarkan Ambiga dengan 'musuh negara' yang telah merosakkan imej Malaysia.

Ambiga kemudiannya keluar dari rumahnya untuk menerima poster yang diberikan oleh kumpulan berkenaan.

Ini merupakan demonstrasi kedua yang dibuat di rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga mengadakan 'protes burger' di luar rumahnya kerana kecewa pendapatan mereka yang merosot kerana Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu .

Artikel Lain