PRU-13: Dr Mahathir Yakin PM Mampu Buat Lebih Baik Daripada 2008 - Semasa | mStar

PRU-13: Dr Mahathir Yakin PM Mampu Buat Lebih Baik Daripada 2008

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat beberapa petanda baik untuk membubarkan Parlimen, namun ia terpulang kepada Najib bagi menentukan sama ada BN berupaya mencapai objektifnya untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

"Saya juga amat yakin beliau (Najib) ingin mencapai majoriti dua pertiga, namun sama ada ia boleh dicapai atau tidak, itu adalah perkara yang berbeza. Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008," katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara, Isnin.

Apabila ditanya masa terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen, bekas perdana menteri itu dengan pantas menjawab, "Selepas raya."

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik bahawa BN tidak mampu menawan Selangor jika pilihan raya umum diadakan dalam bulan Jun.

"Hendak kata tidak menang tu tidaklah... tetapi kita perlu ambil masa, saya fikir kalau saya masih jadi Perdana Menteri, saya akan ambil masa yang cukup (sebelum membubarkan parlimen), kita ada sampai 2013," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata, beliau yakin demonstrasi jalanan 28 April di ibu negara baru-baru ini hampir tidak mempunyai sebarang kesan terhadap pilihan raya umum akan datang kerana rakyat menyedari ia bukanlah berkaitan reformasi pilihan raya.

"Ia hanya cuba memberi gambaran bahawa kerajaan negara ini melakukan penindasan dan mengamalkan kekejaman polis agar mereka boleh menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi.

"Mereka fikir mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya, jadi mereka fikir kita (Malaysia) perlu diperlihatkan seperti Tahrir Square di Kaherah di mana demonstrasi diadakan setiap hari sehingga akhirnya kerajaan dapat ditumbangkan, itu sebenarnya yang mereka mahu lakukan," katanya.

Mengulas khabar angin bahawa anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir kini mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar Kedah, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.

"Yang lebih penting ialah apa yang kepimpinan mahu beliau lakukan." - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'